Welcome to Imma Serilaris
Pusat SPA & Estetik IMMA Seri Laris
#Selagi tak cantik, jangan balik

IMMA Seri Laris

SPA & Estetik · Mesra Muslimah · Patuh Syariah

Ditubuhkan pada 11 Mac 2014, IMMA Seri Laris menawarkan perkhidmatan spa estetik & medispa seperti urutan aromaterapi, urutan tradisional dan terapeutik, mandi wap (sauna), tungku herba, rawatan muka dan badan, rawatan kuku tangan dan kaki, solekan, khidmat runding kesihatan & kecantikan, serta rawatan ibu selepas bersalin.

Sejak 2014Mesra MuslimahPatuh SyariahOne Stop Service
2014 Ditubuhkan
1 Lokasi
6+ Bidang perkhidmatan
100% Mesra Muslimah
Konsep kami

One Stop Service

Konsep santai untuk ibu dan anak datang ke spa. Sebagai pusat kecantikan Muslimah & Islamik one-stop, kami menawarkan rawatan kecantikan, rawatan badan dan produk patuh Syariah dalam satu bumbung — pada harga yang menarik.

Puan IMMA — pengasas IMMA Seri Laris
Sejak 2014

Latar Belakang

Diilhamkan oleh pemilik Puan IMMA yang mempunyai minat serta kemahiran tinggi dalam bidang kecantikan dan wellness. Dengan kelayakan profesional dan latihan yang diikuti, kami yakin dapat memberi perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan.

Penjagaan diri dan penampilan amat penting terutama bagi wanita — sama ada di tempat kerja atau majlis istimewa. Ini mewujudkan kelebihan daya saing IMMA Seri Laris di pasaran Malaysia.

Apa yang kami tawarkan

Perkhidmatan

Penjagaan kecantikan, wellness dan estetik menyeluruh di bawah satu bumbung mesra Muslimah.

✨

Estetik & Laser

Rawatan estetik, Pico Laser & eyewash untuk kulit lebih berseri.

💄

Pengantin & Majlis

Solekan pengantin dan majlis oleh pakar solek berpengalaman.

🧖

SPA & Penjagaan Badan

SPA, facial, rawatan badan & kuku dalam suasana tenang.

🛍️

Cosmetik

Produk cosmetik halal mengikut trend kecantikan semasa.

🏠

Mobile Spa

Rawatan dari rumah ke rumah, terutama lepas bersalin.

🌿

Wellness

Aromaterapi, urutan tradisional, sauna & tungku herba.

Visi ke hadapan

Visi

  • Menjadi peneraju perkhidmatan SPA, salon & estetik
  • Menjadi pusat latihan kemahiran
  • Menjadi pemborong produk kecantikan di seluruh Malaysia
Apa yang kami lakukan

Misi

  • Menyediakan pusat SPA, estetik & salon berkonsepkan patuh Syariah (Muslimah)
  • Menjadi pemborong dan peruncit produk spa & salon patuh Syariah

Fasiliti

Ruang rawatan yang selesa serta kemudahan solat untuk keselesaan anda sebelum atau selepas sesi rawatan.

Waktu Operasi

  • Isnin – Sabtu: 11:00 pagi – 9:00 malam
  • Ahad: 11:00 pagi – 6:00 petang
Lawati kami

Cawangan kami

Cari cawangan spa IMMA Seri Laris terdekat — dikemas kini automatik dari senarai cawangan.

Kerjaya

Berminat menyertai pasukan kami? E-mel [email protected] atau hubungi kami melalui halaman contact.

Hubungi Kami